6 Makanan “Simple” Berkhasiat Yang Wajib Ada Menjelang Ramadan

6 Makanan Simple Berkhasiat Yang Wajib Ada Menjelang Ramadan

Ramadan kembali lagi!

Yeah.. Ramadan mai lagi! Korang mesti pening kan nak beli apalah untuk simpan sebagai stok sempena bulan puasa ni. Lagi-lagi korang yang selalu busy, dengan jadual yang padat, assignment berlambak-lambak, terkejar-kejar ke sana dan kemari, nak uruskan anak-anak itu dan ini dan..hampir-hampir saja tak sempat nak fikir menu apa untuk sahur atau berbuka nanti.
Jadi team #OhMakan nak bagitahu antara list yang korang patut Ada menjelang Ramadan ni!

#6 Makanan “simple” dan berkhasiat yang wajib Ada Menjelang Ramadan!

Susu

Susu di bulan ramadhan
Photo by Oscar Nord on Unsplash


Minum susu. Susu adalah baik dalam memberi kalsium kepada tubuh kita. Disamping menguatkan tulang dan gigi, ia membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang sihat. Bulan-bulan puasa ni mungkin kita bakal hadapi pelbagai situasi yang mencabar emosi, so minum susu!


Oat

Photo by Yanina Trekhleb on Unsplash


Oat boleh meng’handle’ kadar gula dalam darah korang. Menu sempoi yang semestinya kenyang selepas diminum segelas. Boleh dibancuh dengan susu atau coklat. Ada juga yang tanak oat dengan nasi. Ikutlah permintaan tekak dan kreativiti korang.


Biskut

biskut raya
Photo by Cel Lisboa on Unsplash


Biskut adalah menu yang paling simple, boleh beli yang sudah siap di’pack’ dan bawa saja dalam beg korang. lebih senang untuk anda berbuka jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Terdapat pelbagai kandungan khasiat yang dicampur dalam biskut sekarang ni agar lebih bermanfaat untuk tubuh kita. Makan begitu sahaja dan paling tidak pun biskut kering cicah dengan air kopi, susu atau teh pun dah terasa lazat!


Kurma

Kurma
Photo by Yanina Trekhleb on Unsplash


Makanan sunnah ini semestinya wajib ada. Tak perlu yang lain pun ok. Tersangat bagus kerana memberi tenaga, gula dan vitamin dalam membantu melaksanakan urusan seharian kita. Makan dan minum dengan air susu pun best!


Yogurt

Yogurt untuk sahur
Photo by Alison Marras on Unsplash


Simpan baik-baik dalam peti sejuk. Yogurt mengandungi kalsium, vitamin B2 & B12, magnesium, potassium, zinc dan probiotic. Ia boleh membantu penghadaman yang sihat, mengurangkan kolesterol dan meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh kita.


Buah

Buah-buahan
Photo by Jannis Brandt on Unsplash


Jangan lupa beli buah-buahan yang sudah tentunya memberi khasiat! Makan begitu sahaja atau dibuat jus.. hmmm..😋


Kami di team #OhMakan mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat menyambut bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.

Tonton Video Ini:

Follow Instagram dan Youtube Oh makan.