10 Idea Makanan untuk Penghidap Ulser Mulut

Hai foodies!
Macam mana dengan kesihatan korang di bulan puasa ni?

Ada member kita yang menghidap ulser pulak! Ish.. Ish.. kesian juga.

Bulan-bulan puasa korang diduga pula dengan sakit dalam mulut. Ulser mulut biasanya terjadi pada dinding mulut, lidah atau tekak.

Dengan cuaca yang panas lagi, nak makan apa waktu bersahur dan berbuka? Perut lapar dan kebingungan? Nak bercakap, solat, bertadarus dan bertarawih rasa tak selesa sungguh! Aduh, memang menyiksakan!

Macam manalah boleh ada ulser dalam mulut ni kan?

Sebenarnya, tiada punca yang jelas bagaimana ulser mulut ini boleh terjadi. Namun, para pakar beranggapan ada dua penyebab utama ulser yang paling mudah dikesan.

Yang pertama adalah disebabkan oleh stress. Hah, mungkin juga kesan daripada korang stress di tempat kerja. Apabila korang stess, ianya juga turut menyumbang kepada wujudnya penyakit ulser ini.

Manakala, sebab kedua adalah disebabkan oleh kecederaan pada tisu mulut. Mungkin kadang-kadang kita tergigit mulut sendiri semasa sedang mengumpat dan menyebabkan berlaku sedikit kecedaraan di dalam mulut.

Penyakit Ulser mulut ini pasti akan mengganggu sedikit sebanyak aktiviti harian korang. Dan apa yang lebih merisaukan lagi, pengambilan makanan yang salah seperti jeruk, buah-buahan dan sayuran berasid (lemon, oren, nanas, epal, tomato dan strawberi) akan menyebabkan masalah ulser mulut ini menjadi lebih teruk.

Oleh itu, pengambilan nutrisi atau makanan yang tepat akan mengoptimumkan fungsi sistem dalam tubuh kita dan ia akan membantu untuk mencegah penyakit ulser ini.

Jom, kami kongsikan sedikit idea makanan untuk korang yang menghidap minor ulser ketika berbuka atau bersahur nanti.


MINUMAN/MAKANAN SEJUK

jus

#1 Jus Kranberi kaya dengan sumber vitamin C, serat dan mineral. mengandungi larutan tepu yang boleh melawan bakteria dalam tubuh kita.


Susu segar

#2 Kita sudah maklum susu memberi kalsium dan nutrisi baik untuk badan kita.


air sejuk

#3 Minum air kosong sejuk, susu sejuk atau teh O sejuk ketika makan, membantu membuang dan membersih sisa makanan daripada mulut.

aiskrim

#4 Makan aiskrim. Letak ais krim dalam cawan supaya mudah dimakan.


MAKANAN LEMBUT


omelette

#5 Omelette enak dan mudah dimakan.

mashed potato

#6 Kentang lenyek juga best! Kentang berkhasiat kurangkan kolesterol, menurunkan darah tinggi dan baik untuk kesihatan otak dan saraf.

puding

#7 Makanan berasaskan jeli, agar-agar atau puding untuk manisan atau pencuci mulut.


MADU

madu

#8 Campuran madu dalam makanan juga bagus kerana terdapat antiseptik dan membantu mempercepatkan penyembuhan.


MAKANAN BERASASKAN SOS


#9 Boleh makan makanan berasaskan sos seperti Spaghetti Carbonara. Cuma elakkan sos yang mengandungi asid atau pedaslah ya..


MAKANAN BERASASKAN DADIH

dadih

#10 Kisarkan bahan makanan korang dan campurkan dengan dadih. Bahan-bahan daripada buah-buahan, sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya berserta bijirin pun enak!

Semoga bermanfaat dan semoga cepat sembuh!

P/S :
Berjumpalah dengan doktor sekiranya ulser korang berlanjutan sehingga berminggu-minggu ya guys.

BACA, KOMEN DAN SHARE! 🤓

Sejenis yang suka makan pisang dan suka jalan-jalan.